Setelah mengumumkan permainan seterusnya buat siri Surgeon Simulator pada tahun lepas, hari ini Bossa Studios akhirnya menyatakan bahawa Surgeon Simulator 2 akan dilancarkan pada Ogos ini khas di PC melalui Epic Games Store. Namun tarikh tetap masih belum diumumkan.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Surgeon Simulator, ia adalah permainan simulasi pembedahan di mana anda akan bermain sebagai doktor pembedah dan melakukan pelbagai pembedahan buat pesakit.

Tidak seperti siri Trauma Center yang terkenal di konsol Nintendo, Surgeon Simulator lebih memfokuskan bentuk permainan secara parodi dan lebih kelakar di mana kebanyakan pembedahan di dalam permainannya lebih pelik dan pemain boleh lakukan pelbagai perkara yang luar daripada keselamatan ketika membedah.

Selain itu, Bossa Studios juga menyatakan yang mana mereka turut akan melancarkan beberapa versi seperti edisi Deluxe yang akan menyertakan beberapa kandungan bonus khas seperti kostum tambahan dan sebagainya. Untuk senarai pra-tempah, anda boleh ke Epic Games Store.

Sohor Kini