Sebelum ini, XSEED Games dan Marvelous Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Story of Season: Friends Of Mineral Town di konsol Switch pada 14 Julai 2020 ini.
Terkini, mereka juga mengumumkan yang mana permainan tersebut turut akan tiba di PC melalui Steam pada 15 Julai 2020.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Story of Seasons: Friends Of Mineral Town adalah permainan olahan semula daripada permainan Harvest Moon: Friends Of Mineral Town yang dilancarkan di Game Boy Advance beberapa tahun lepas.
Melalui versi PC ini, XSEED Games menyatakan yang mana ia akan menyokong kawalan menggunakan papan kekunci dan tetikus bersama dengan sokongan resolusi sehingga 4k dengan pelbagai tetapan grafik.
Permainan ini dibangunkan oleh Marvelous, iaitu pembangun asal untuk permainan Harvest Moon sebelum ini. Namun, atas sebab nama “Harvest Moon” dimiliki oleh Natsume, XSEED Games dan Marvelous tidak boleh menggunakan nama tersebut. Namun dari segi nama asal buat pasaran Jepun, ianya masih lagi dikenali sebagai Bokujo Monogatari.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang bulan hadapan di Steam ataupun di Switdch.