2K Games telah mengeluarkan Mafia: Trilogy iaitu versi penambah-baikkan untuk siri permainan Mafia, walaupun Mafia II dan Mafia III versi ini telah pun dikeluarkan akan tetapi Mafia yang pertama, dan mungkin yang paling dinanti-nantikan hanya akan tiba 28 Ogos ini.

Namun, hari ini sekurang-kurangnya kita boleh melihat grafik baharu yang disertakan untuk permainan ini dan berdasarkan apa yang diperlihatkan melalui video di bawah, ia adalah satu peningkatan kualiti yang sangat baik.

Berbanding Mafia III yang dikeluarkan 4 tahun lepas, manakala Mafia II hampir 10 tahun lepas, Mafia yang pertama memerlukan penambah-baikkan yang lebih menyeluruh kerana ia dikeluarkan hampir 18 tahun yang lepas.

Selain meningkatkan kualiti grafik, ia juga akan menggunakan lakonan suara yang baharu dan meningkatkan sistem pemanduan di dalam permainan ini.

Mafia: Trilogy yang menyertakan ketiga-tiga permainan sudah boleh di pra-tempah untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Setiapnya juga boleh dibeli secara berasingan.

Sohor Kini