Disco Elysium oleh ZA/UM adalah permainan pengembaraan yang sudah dikeluarkan untuk PC melalui Steam sejak tahun lepas, di mana ia telah menerima ulasan yang sangat positif terutama penceritaan serta rekaan dialog yang sangat menarik.
Bermula hari ini ia juga telah ditawarkan untuk Epic Games Store iaitu dengan harga $18.99 atau RM81 iaitu lebih mahal jika ingin dibandingkan dengan Steam iaitu dijual dengan harga RM65. Namun, anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah jika anda masih mempunyai kupon jualan promosi di Epic Games Store sebelum ini.
Dengan kupon bernilai $10, anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga $8.99 ataupun lebih kurang RM38. Disco Elysium juga diumumkan untuk konsol tetapi tiada pengumuman lanjut lagi buat masa ini.