Larian Studio hari ini mengumumkan kemaskini terbaru mengenai permainan seterusnya oleh mereka. Selain berkongsi satu video baharu, mereka juga berkongsi keadaan terkini untuk permainan tersebut.
Mereka mengatakan yang pelbagai penambah-baikkan telah dilakukan untuknya antaranya adalah grafik dan prestasi. Mereka juga merancang untuk mengeluarkan permainan tersebut secara akses awal melalui Steam dan Stadia.
Namun, mereka meletakkan mungkin atau “maybe” pada pengumuman tersebut kerana dengan keadaan Pandemik Covid-19, proses pembangunan mereka serba sedikit terganggun.