Persona 4 Golden Kini Ditawarkan Di Steam

Seperti laporan sebelum ini, Atlus dan Sega akhirnya mengeluarkan Persona 4 Golden di platform selain PS Vita iaitu untuk PC melalui Steam. Di mana ia boleh didapati bermula sekarang dengan harga RM79 ataupun RM99 untuk edisi Digital Deluxe yang menyertakan buku seni digital dan muzik latar.

Versi PC ini akan menyokong resolusi sehingga HD Penuh, ia juga menyertakan kadar kelancaran dengan lebih baik dan menyokong Steam Achievement dan Card.

Persona 4 Golden merupakan versi penambahan untuk Persona 4 yang dikeluarkan secara esklusif untuk PlayStation Vita pada tahun 2012. Kini, PC adalah satu-satunya platform lain yang ia dikeluarkan.

Sohor Kini