Skip to main content

Garena hari ini akhirnya melancarkan kemaskini baharu untuk Call of Duty Mobile iaitu Radioactive Agent, antara yang disertakan adalah dua watak baharu iaitu Ghost – Hazmat dan Kreuger – Alchemist yang boleh diperoleh melalui Battle Pass baharu.

Selain itu, ia juga menyertakan peta baharu iaitu Tunisia tetapi dalam versi ini ia dipenuhi dengan asap hijau akibat pencemaran barangan radioaktif. Peta Gulag juga kini tiba untuk perlawanan 2 lawan 2. Bagi pemain yang ingin menguji kemahiran, Training Ground juga disertakan.

Bagi mod Battle Royale terdapat 7 kawasan baharu iaitu Black Market, Harbor, Sanitarium, Downtown, Ski Town, Heat, dan Frigid Wetland.

Akhir sekali, kemaskini ini juga menyertakan satu mod baharu iaitu ‘Attack of the Undead’, pemain boleh menjadi Survivor ataupun menjadi zombi dan perlu lawan satu sama lain. Mod ini akan tiba tidak lama lagi.

Call of Duty Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply