Doom Patrol adalah siri TV dalam dunia DC Universe mengisahkan satu pasukan adiwira Ahli-ahli dalam pasukan ini adalah dari mereka yang telah mengalami satu kemalangan atau kecelakaan yang menjadikan hidup mereka terus punah. Setiap individu ini telah dirawat, diperbaiki atau juga telah mengalami proses pengubahsuaian oleh The Chief atau nama lain beliau Dr. Niles. Ahli-ahli dalam pasukan ini adalah Crazy Jane, Elasti-Woman, Cyborg, Robotman dan Negative Man.

Musim pertama telah pun berakhir pada tahun lepas di platform penstriman video DC Universe. Untuk musim kedua, ia akan disiarkan secara eksklusif dan serentak di HBO Max dan juga DC Universe. HBO Max baru-baru ini telah menerbitkan video acah, yang mana siri TV ini akan disiarkan pada 25 Jun tidak lama lagi. Berdasarkan video acah, pasukan Doom Patrol akan memulakan satu pengembaraan baru – iaitu mencari anak perempuan Dr. Niles yang dilihat juga adalah individu yang pelik dan berkuasa.

Disamping itu, mereka semua dilihat telah menjadi satu keluarga dan berbaik antara satu sama lain dan tidak lagi bergaduh atau mempunyai salah faham seperti musim pertama. Elasti-Woman dilihat sudah bersedia untuk menjadi adiwira dan mencuba menggunakan kuasa-kuasa beliau, Dr. Niles kembali membantu, dan banyak lagi adegan lucu dan aksi yang bakal berlaku. Bagi yang berminat, anda boleh langgan DC Universe dengan menggunakan VPN Amerik Syarikat, atau langgan HBO Max melalui Play Store dengan akaun Amerika Syarikat dan tonton menggunana VPN.

Sohor Kini