Supermassive Games melalui akaun Twitter rasmi mereka mengumumkan yang permainan seterusnya untuk siri The Dark Pictures iaitu Little Hope telah ditunda dari suku ketiga tahun ini kepada suku keempat.
Antara sebab yang diberikan adalah mereka mengubah cara pembangunan di mana kesemua ahli pasukan pembangun mereka sedang bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19.
Seperti yang diumumkan sebelum ini The Dark Pictures: Little Hope akan memfokuskan ahli sihir di perkampungan kecil Little Hope di mana 4 pelajar kolej dan seorang profesor perlu melarikan diri daripada di kejar oleh ancaman “kabus”.
Permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.