Skip to main content

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, Ark Survival Evolved akhirnya ditawarkan percuma di Epic Games Store, ia sepatutnya ditawarkan pada minggu lepas sebelum digantikan dengan Overcooked!. Selain itu, bersama dengan penawaran Samurai Shodown untuk PC, Samurai Shodown Neogeo Collection juga ditawarkan percuma.

Ark Survival Evolved merupakan permainan aksi pengembaraan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Studio Wildcard sejak tahun 2017 lagi. Bersama dengan penawaran percuma ini, mereka juga menganjurkan acara masa terhad di dalam permainan.

Samurai Shodown Neogeo Collection menyertakan 6 permainan lama Samurai Shodwon bersama dengan Samurai Shodwon V Perfect iaitu permainan yang dibangunkan tetapi tidak dikeluarkan sebelum ini.

Tawaran ini adalah sehingga 18 Jun sebelum digantikan dengan dua permainan iaitu Pathway dan The Escapists 2.

[info]Epic Games Store: Ark Survival Evolved[/info] [info]Epic Games Store: Samura Shodown Neogeo Collection[/info]

Leave a Reply