Skip to main content

Sony pada hari ini telah mengumumkan sebilangan permainan yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 termasuk juga Spider-man Miles Morales dan Horizon Zero Dawn: Forbidden West. Mereka juga akhirnya memperlihatkan rekaan untuk PS5.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Remedy Entertainment juga mengambil peluang untuk mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Control akan turut dikeluarkan untuk PS5 dan Xbox Series X.

Control sudah dikeluarkan pada tahun lepas untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC, dan ia merupakan antara permainan terbaik untuk tahun lepas. Antara kritikan kami untuk permainan ini adalah prestasi di PS4 dan Xbox One tidak memuaskan.

Hadirnya untuk konsol generasi baharu ini sudah semestinya akan menyelesaikan masalah tersebut.

Leave a Reply