Setelah menundakan permainan olahan semula XIII, Microids dan PlayMagic hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan XIII Remake tersebut akan dilancarkan 10 November 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Pengumuman ini dilakukan melalui acara IGN Summer Of Gaming.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, ianya adalah permainan penembak pandang pertama yang dilancarkan pada 2003 lepas di mana ia mempunyai bentuk visual cel-shaded, iaitu rekaan seakan komik di mana ia juga merupakan adaptasi daripada grafik novel XIII oleh Jean Van Hamme.
Melalui permainan XIII, pemain akan bermain sebagai seorang askar yang bernama XIII di mana beliau telah hilang ingatan dan dituduh sebagai pembunuh presiden Amerika Syarikat. Untuk membuktikan bahawa pemain tidak bersalah, pemain mesti mencari klu dan menyelesaikan misteri pembunuhan tersebut untuk membersihkan nama pemain.
Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang 10 November ini.