Hello Games hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan kemaskini baharu buat permainan No Man’s Sky dengan sokongan rentas-platform. Ini bermakna bermula hari ini, pemain di konsol Xbox One, PlayStation 4 dan juga PC kini boleh bermain secara bersama melalui mod multi-pemain.
Melalui kemaskini baharu ini juga, Hello Games menyatakan yang mana mereka juga turut menyertakan fungsi “Kawan” di dalam permainan tersebut di mana pemain berupaya untuk menghasilkan satu pasukan khas bersama kod unik untuk memudah pemain menyertai sesi permainan.
Selain itu, Hello Games turut mengemaskini pelbagai lagi kemaskini lain termasuklah pembaik pulih permainan dan juga pembaiki beberapa pepijat lain. Untuk senaria penuh, anda boleh ke pautan ini.
Menariknya, bermula hari ini juga, No Man’s Sky turut tiba di langganan Xbox Game Pass di mana ia boleh dimainkan secara terus melalui langganan tersebut di konsol Xbox One dan PC.