Skip to main content

2018 lepas, Konami mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan simulasi sukan khas buat konsol Switch iaitu Hyper Sport R. Ianya merupakan permainan yang berdasarkan permainan klasik arked yang dilancarkan oleh Konami sebelum ini pada tahun 1984 dan ia menyertakan pelbagai acara sukan seperti lumba lari, lontar lembing dan sebagainya.

Terkini melalui laporan Nintendo Life berdasarkannya kenyataan rasmi Konami di laman mereka, permainan tersebut kini disahkan batal.

Menurut Konami, permainan tersebut dibangunkan sejak ia diumumkan pada Jun 2018 lepas dan berdasarkan pemerhatian dalaman berkali-kali oleh mereka, pembangunan permainan tersebut kini disahkan batal. Akan tetapi, Konami tidak menyatakan sebab utama mengapa ia dibatalkan, namun kami percaya ia mungkin mempunyai beberapa masalah pembangunan.

Bagi anda yang ingin bermain permainan simulasi sukan ini di konsol Switch, ianya pasti agak mengecewakan buat peminat. Namun memandangkan konsol Switch sudah pun mempunyai pelbagai permainan simulasi sukan seperti Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020 yang dilancarkan tahun lepas, ia mungkin akan jadi permainan alternatif untuk anda.

Leave a Reply