Artplay hari ini melalui kemaskini di Kickstarter telah mengumumkan yang permainan Bloodstained: Ritual of the Night mereka telah terjual sebanyak 1 juta unit sejak dilancarkan lebih kurang setahun yang lepas.

Selain itu, mereka juga mengumumkan perancangan penambahan kandungan bagi permainan tersebut sepanjang tahun ini. Ia boleh dilihat di infografik di bawah.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai setiap penambahan percuma ini.

  • Suku Kedua 2020
    • Mod Boss Revenge – Pemain boleh menggunakan watak boss di dalam permainan ini untuk lawan hero.
    • Chroma Wheel – Menyertakan pelbagai lagi barangan kosmetik untuk pemain gunakan.
  • Suku Ketiga 2020
    • Mod VS (Setempat/Dalam Talian) – Pemain boleh bertempur dengan pemain lain
    • Mod Chaos (Setempat/Dalam Talian) – Pemain akan bertempur dengan boss secara solo ataupun dengan pemain lain. Ia akan memberikan pelbagai senjata secara rawak untuk membantu melawan boss-boss tersebut.
    • Mod Classic – Berdasarkan Bloodstained 80-an, pemain akan bertempur dengan pelbagai penjahat untuk 5 peringkat dan mempunyai 3 tahap kesukaran.
  • Suku Keempat 2020
    • Watak baharu yang akan diumumkan kemudian

Bloodstained: Ritual of the Night sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini