IGN hari ini menganjurkan IGN Expo untuk hari pertama di mana mereka memperlihatkan pelbagai permainan baharu dan juga permainan yang sudah diumumkan sebelum ini.
Berikut adalah antara pengumuman menarik yang disertakan;
Permainan Irama Seakan Doom
The Outsider dan Funcom mengumumkan permainan baharu iaitu Metal: Hellsinger di mana ia adalah permainan menembak seakan Doom tetapi digabungkan dengan permainan irama di mana serangan yang tepat dengan muzik latar akan menguatkan lagi serangan. Ia akan tiba pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X dan PC.
Bentuk Permainan Mortal Shell Diperlihatkan
Mortal Shell seperti diumumkan sebelum ini merupakan permainan genre sukar seperti Dark Soul yang dibangunkan oleh PlayStack dan Cold Symmetry. Hari ini mereka berkongsi video acah baharu yang memperlihatkan bentuk permainan bersama dengan pelbagai musuh yang perlu di lawan oleh pemain. Ia akan tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC tetapi buat masa ini masih tidak tarikh pengeluaran.
DLC Baharu Untuk Borderalands 3
Gearbox Software mengumumkan penambahan ketiga untuk Borderlands 3 adalah Bounty of Blood yang akan tiba pada 25 Jun ini. Penambahan ini akan membawa pemain ke planet Gehenna di mana geng Devil Riders memasuki pekan Vestige.
Puak-Puak Di Dalam Wasteland 3
Inxile Entertainment berkongsi video baharu untuk Wasteland 3 yang akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Video tersebut memfokuskan kepada puak-puak yang terdapat di dalam permainan ini. Pemain boleh menyertai atau melawan puak-puak tersebut.
Ini adalah sebahagian kecil sahaja pengumuman yang dilakukan semasa acara IGN ini. Untuk pengumuman lain anda boleh layari pautan ini. Ia merupakan hari pertama untuk acara ini, di mana pelbagai pengumuman akan dilakukan untuk hari kedua.