Skip to main content

Streamline Games iaitu studio pembangun permainan video di Malaysia mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Bake ‘n Switch adalah antara permainan yang akan disertakan ketika acara Steam Game Festival untuk musim panas ini.

Seperti kita sedia maklum, ketika acara Steam Game Festival, pembangun akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba pelbagai demo permainan secara percuma termasuk juga permainan yang masih tidak dilancarkan lagi.

Acara ini sepatutnya sudah berlangsung tetapi telah ditunda kepada 16 hingga 22 Jun 2020. Anda boleh lihat pelbagai acara permainan video sepanjang musim panas ini melalui pautan ini.

Bake ‘n Switch merupakan permainan multi-pemain lawan ataupun koperasi di mana pemain perlu melawan pemain lain dan juga masa untuk membakar adunan.

Mereka sebelum ini melancarkan satu kempen biayasama untuk menyertakan mod multi-pemain secara dalam talian di mana mereka berjaya mengutip lebih daripada disasarkan iaitu $30 ribu.

Ia dijangka akan tiba pada musim ketiga tahun ini untuk PC dan juga Switch.

Leave a Reply