Ubisoft minggu ini mengumumkan yang kemaskini ‘Title Update 10’ akan tiba untuk semua pemain The Division 2 pada 16 Jun ini. Walaupun nama kemaskini yang generik, tetapi mereka mengatakan ia adalah antara kemaskini terbesar untuk permainan tersebut.

Berikut adalah antara perubahan yang dilakukan melalui kemaskini ini;

  • Kekuatan Pemain
    • Meningkatkan kuasa untuk hampir kesemua senjata termasuk juga Exotic
    • Meningkatkan set Gear
    • Meningkatkan kelebihan set Brand
  • Ganjaran
    • Meningkatkan kualiti keseluruhan ganjaran
    • Meningkatkan kualiti ganjaran berdasarkan tahap kesukaran
    • Meningkatkan kualiti barangan yang di-craft
    • Meningkatkan kualiti barangan yang dijual di kedai

Selain itu ia juga menyertakan peningkatan keseimbangan dan juga tampalan untuk pelbagai pepijat.

Kemaskini ini juga tiba sebagai persediaan untuk musim ke-2 buat penambahan Warlords of New York iaitu Keener’s Legacy yang akan bermula pada 23 Jun.

The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Penambahan Warlords of New York perlu dibeli secara berasingan.

Sohor Kini