Skip to main content

Bungie sebelum ini telah mengumumkan secara lanjut mengenai penambahan seterusnya buat permainan Destiny 2 iaitu Beyond Light yang bakal tiba pada 23 September ini.

Mengenai perancangan untuk masa hadapan bagi permainan tersebut, Bungie telah mengesahkan dua lagi penambahan akan tiba iaitu The Witch Queen pada tahun 2021 dan Lightfall pada tahun 2022. Semasa sesi temubual, Bungie mengatakan yang buat masa ini mereka tidak merancang untuk mengeluarkan Destiny 3.

Destiny 2 dikeluarkan sejak tahun 2017, dengan pengesahan dua lagi penambahan, ia akan terus menjadi permainan utama sekurang-kurangnya untuk 2 hingga 3 tahun lagi. Ia juga disahkan akan tiba untuk konsol generasi baharu.

Destiny 2 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply