Pavesome Films iaitu channel Youtube oleh Pavel Prokhorov terkenal dengan menghasilkan semula video acah filem menggunakan Lego. Bersempena dengan bulan pelancaran untuk The Last of Us Part II, beliau menghasilkan semula video acah permainan tersebut.
Anda boleh tontonnya di bawah.
Kami boleh katakan beliau menghasilkannya dengan baik terutama ia membawa persamaan yang baik dengan video acah asal. Oleh kerana tiada Lego rasmi untuk The Last of Us, beliau sekadar menggunakan lego tersedia termasuk juga Hotdog sebagai zombi.
Apa pendapat anda? Adakah video acah dalam bentuk Lego ini mengekalkan keganasan di dalam video acah asal?
The Last of Us Part II akan dikeluarkan pada 19 Jun ini untuk PlayStation 4.