Square-Enix hari ini berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan permua Kingdom Hearts: Dark Road, di mana seperti anda sedia maklum, permainan tersebut ditunda baru-baru ini.

Antara informasi baharu yang diperlihatkan adalah watak baharu iaitu Urd, Hermod, Bragi dan Vor bersama-sama dengan watak Xehanort dan Master Eraqus ketika muda. Jika anda mengikuti siri Kingdom Hearts, anda pasti akan mengetahui betapa pentingnya kedua-dua watak ini.

Buat masa ini, tiada informasi lain yang dikongsikan termasuklah empat watak baharu tersebut. Namun berdasarkan apa yang diperlihatkan di imej di atas, mereka kelihatan seakan satu pasukan yang terdiri daripada Master Eraqus dan Xehanort sendiri ketika masih muda.

Kingdom Hearts: Dark Road merupakan kandungan khas buat permua Kingdom Hearts: Union χ di mana buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Sohor Kini