Sam Hargrave adalah pengarah untuk filem Netflix Original, “Extraction”. Ia adalah sebuah filem aksi yang membawakan pelakon seperti Chris Hemsworth dan David Harbour. Ramai membandingkan filem ini dengan filem John Wick dan mengatakan ia adalah filem John Wick yang dilakonkan oleh “Thor”. Filem ini juga mendapat perhatian ramai kerana sinematografi, koreografi aksi yang hebat dan mempunyai jalan cerita yang baik. Sam berjaya mengarah filem ini menjadi satu filem yang hebat.

Terkini, menurut Collider – Sam Hargrave dilaporkan akan menjadi pengarah unit kedua untuk siri TV Disney+ “The Mandalorian”. Beliau dikatakan akan merangka pergerakan aksi untuk musim kedua The Mandalorian. Pihak Disney+ menginginkan satu aksi baharu yang lain daripada yang lain untuk The Mandalorian. Ia adalah satu tugas penting bagi Sam, kerana pergerakan aksi menurut sumber turut akan memberi peranan kepada jalan cerita dan Sam sangat gembira dapat bekerjasama dengan orang seperti Jon Favreau dan lihat teknologi hebat di sebalik siri TV Disney+ ini seperti penggunaan “The Volume”.

The Mandalorian musim kedua akan disiarkan di Disney+ pada bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini