Acer hari ini mengumumkan yang mana kejohanan Asia Pacific Predator League 2020 yang diumumkan tertunda sebelum ini, sekali lagi ditunda sehingga suku kedua tahun hadapan.

Seperti yang kami laporkan, kejohanan tersebut akan diadakan di Manila, Filipina dan ia ditunda atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang tular sekarang ini. Sekaligus, penundaan ini dilakukan untuk keselamatan dan kesihatan buat komuniti esukan tersebut.

Menurut Acer, kejohanan tersebut masih akan menyertakan pasukan-pasukan yang layak sebelum ini untuk ke peringkat akhir dan kejohanan tersebut juga dijenamakan semula sebagai Predator League 2020/2021 dengan wang hadiah sehingga $400,000(~RM1.7 Juta).

Menurut Andrew Hou, presiden Acer untuk rantau Asia Pasifik, beliau menyatakan yang mana situasi wabak sekarang ini sememangnya adalah sebab utama penundaan ini dan untuk keselamatan kesemua pihak, mereka perlu menundanya sehingga tahun hadapan.

Acer juga menyatakan kesemua pihak yang terlibat akan dihubung secara terus termasuklah peserta dan anda juga boleh terus mengikuti Facebook rasmi Predator untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan ini.

Sohor Kini