Seperti yang diumumkan pada Februari lepas, Criterion Games telah kembali menjadi pembangun utama untuk siri Need for Speed, selepas mengambil alih daripada Ghost Games yang kini menjadi studio pembangunan sampingan EA Gothenburg.

Minggu ini mereka mengumumkan yang permainan Need for Speed akan menerima kemaskini terakhir yang akan menyertakan fungsi rentas platform, menjadikan ia permainan pertama oleh EA yang mempunyai fungsi tersebut. Melaluinya, pemain kini boleh bermain bersama dengan pemain lain di PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Berita baik untuk pelanggan EA Access ataupun Origin Access, bermula 16 Jun, Need for Speed Heat akan disertakan di dalam perkhidmatan tersebut. Selain itu, mereka juga mengatakan yang permainan terbaru untuk Need for Speed sedang dibangunkan berkemungkinan besar untuk generasi baharu.

Sohor Kini