Yoodo Menganjurkan Kejohanan Esukan Kampus Semester 3

Yoodo hari ini mengumumkan penganjurkan Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK) untuk menyediakan platform bagi pelajar kolej dan Universiti untuk bertanding bagi permainan Mobile Legends dan Call of Duty Mobile dengan hadiah terkumpul sebanyak RM150 ribu.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih diperhatikan, kejohanan ini akan berlangsung sepenuhnya secara dalam talian untuk memastikan kesihatan dan juga keselamatan peserta.

Mereka juga memperkenalkan Platform Komuniti KEK untuk menjadi pusat sehenti maya bagi kejohanan ini, di mana ia akan menyertakan maklumat terbaru seperti statistik, keputusan dan juga pecahan pasukan.

Kejohanan ini akan bermula pada 6 Jun dan akan mempunyai 5 pusingan kelayakan dan juga satu pusingan akhir yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Julai kelak.

Pendaftaran untuk KEK kini dibuka dengan tarikh tutup seminggu sebelum kelayakan dalam talian di wilayah masing-masing. Untuk mendaftar sila layari : https://komuniti.mygameon.my/Register.  

Sohor Kini