PC Gamer Mengumumkan Penundaan PC Gaming Show

Pada minggu ini dan minggu depan, kita mempunyai beberapa acara untuk permainan video di bawah Summer Game Fest 2020, namun, beberapa acara tersebut telah diumumkan tertunda, antaranya adalah acara PlayStation 5 dan acara Cyberpunk 2077.

Hari ini, PC Gamer pula mengumumkan penundaan acara mereka iaitu PC Gaming Show yang sepatutnya berlangsung pada 7 Jun ini. Alasan yang sama digunakan oleh mereka iaitu ingin memberi ruang kepada perbincangan yang lebih penting.

Penundaan ini adalah selama seminggu sahaja di mana tarikh baharu adalah pada 13 Jun, berkemungkinan pada waktu yang sama iaitu 3 pagi.

Sohor Kini