PUBG Boleh Dimainkan Secara Percuma Sehingga 8 Jun Di Steam

PUBG Corp minggu ini melalukan jualan promosi untuk PUBG versi PC di mana ia ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 50% iaitu RM37.49. Selain itu, mereka juga memberi peluang kepada pemain yang ingin mencuba terlebih dahulu permainan tersebut.

Pemain dapat memuat turun dan bermain PUBG secara percuma sehingga 1 petang, 8 Jun, tetapi selepas tawaran berakhir, anda perlu membelinya untuk meneruskan bermain.

PUBG sebelum ini telah dikritik kerana menyertakan bot di dalam sesi permainan yang ramai mengatakan menjadikan perlawanan tidak menarik, terutama untuk pemain yang berpengalaman.

Steam: PUBG

Sohor Kini