Skip to main content

Seperti beberapa pembangun lain termasuk juga Sony sendiri, Epic Games telah menunda musim baharu untuk Fortnite kepada 17 Jun ini bagi memberi ruang kepada perbincangan mengenai ke tidak-adilan yang berlaku di Amerika Syarikat.

Selain itu acara The Device yang dirancangkan untuk Fortnite juga telah ditunda ke 15 Jun. Mungkin penundaan ini mengecewakan untuk pemain yang ternanti-nanti musim baharu, akan tetapi seperti yang dikatakan oleh Epic Games, masa ini seharusnya digunakan untuk fokus kepada isu yang lebih penting.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga permainan mudah alih untuk iOS dan Android.

Leave a Reply