4 Permainan Menarik Untuk Bulan Jun 2020

Pada bulan ini terdapat beberapa permainan yang menarik akan dikeluarkan, bukan sahaja permainan baharu akan tetapi juga permainan yang ditambah-baikkan.

Berikut adalah 4 permainan yang kami pilih sebagai permainan paling menarik bagi bulan ini;

The Last of Us Part II

https://www.youtube.com/watch?v=TXl9GI1p_Os

Permainan sambungan kepada antara permainan terbaik pernah dikeluarkan, The Last of Us Part II sudah semestinya antara permainan utama yang dikeluarkan pada tahun ini, ia juga permainan yang dinanti-nantikan. Kami berkesempatan untuk mencubanya dan anda boleh baca pandang pertama kami. Selepas ditunda beberapa kali, ia akan dikeluarkan secara rasmi pada 19 Jun ini secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Command & Conquer Remastered Collection

Command & Conquer adalah permainan strategi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Selepas EA mengumumkan perancangan untuk mengeluarkan versi penambah-baikkan ia menarim sambutan yang sangat baik, ditambah lagi terdapat beberapa pembangun asal yang kembali terlibat di dalam projek ini. Versi Remastered ini akan menyertakan Tiberian Dawn dan Red Alert. Ia akan dikeluarkan pada 6 Jun 2020 untuk PC.

Spongebob Squarepants: Battle for Bikini Bottom Rehydrated

SSpongebob Squarepants: Battle for Bikini Bottom Rehydrated adalag satu lagi permainan penambah-baikkan yang akan tiba bulan ini. Ia adalah permainan berdasarkan Spongebob Squarepants: Battle for Bikini Bottom yang dikeluarkan untuk PlayStation 2, Xbox, GameCube, GameBoy Advance dan PC pada tahun 2003. Pemain yang pernah mencuba permainan ini dahulu, ia sudah semestinya permainan yang ingin dimainkan semula. Tambahan ia juga akan menyertakan mod multi-pemain. Permainan ini akan dikeluarkan pada 24 Jun untuk kesemua platform utama.

Valorant

Jika bulan lepas, Riot Games telah hadir dengan permainan kad digital, kali ini mereka hadir pula dengan permainan menembak multi-pemain Valorant. Mengambil konsep CS:GO dan dicampur dengan watak yang mempunyai kuasa seperti Overwatch serta Apex Legends, ia telah mendapat penerimaan yang sangat baik semasa dilancarkan secara beta terutup. Sebagai permaiann percuma, ia sudah semestinya tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi popular. Ia sudah-pun dikeluarkan untuk PC.


Perhatian utama pemain sudah semestinya diberikan kepada The Last of Us Part II, namun terdapat pelbagai lagi permainan daripada genre berbeza yang mungkin lebih menarik perhatian anda.

Jika anda ingin senarai permainan lain yang akan dikeluarkan pada bulan ini, anda boleh rujuk senarai yang kami sertakan di bawah. Jadi permainan mana yang paling menarik minat anda?

Sohor Kini