Seperti yang dijanjikan oleh Headup Games sebelum ini, The Coma 2: Vicious Sisters akhirnya menerima tarikh pelancaran buat versi konsol PlayStation 4 dan Switch di mana ia akan dilancarkan pada 19 Jun 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini juga sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan versi Xbox One juga dalam perancangan dan akan tiba sekitar tahun ini.
The Coma merupakan siri permainan pengembaraan seram yang memfokuskan remaja di sekolah di mana mereka perlu bertahan hidup daripada diserang ataupun ditangkap oleh pembunuh Dark Song bermisteri yang akan mengejar mereka. Melalui sekuel permainan ini, Devespresso Games menyatakan bahawa mereka menyertakan pelbagai bentuk baharu termasuklah kecerdasan buatan baharu buat watak Dark Song dan juga lokasi baharu.
Jadi buat anda yang meminati siri permainan seram, anda boleh dapatkan permainan ini di konsol PlayStation 4 atau Switch menjelang beberapa minggu kelak.