Skip to main content

Pada Februari lepas, dilaporkan Take-Two melalui Private Division telah menubuhkan satu studio baharu iaitu Intercept Games untuk membangunkan Kerbal Space Program 2, ia merupakan satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini diumumkan yang permainan tersebut akan dibangunkan oleh Star Theory.

Minggu ini, Bloomberg telah berkongsi bagaimana pertukaran tersebut berlaku. Pemilik Star Theory iaitu Bob Berry and Jonathan Mavor dikatakan cuba menjual studio mereka kepada Take-Two, akan tetapi kerana tidak berjaya mencapai persetujuan, Take-Two sebaliknya membatalkan perjanjian untuk pembangunan Kerbal Space Program 2.

Tambahan lagi, Take-Two juga mula menawarkan tempat untuk pembangun-pembangun dari Star Theory untuk menyertai Intercept Games. Lebih daripada 2/3 pembangun Star Theory akhirnya menyertai studio baharu tersebut.

Oleh kerana Star Theory tidak mempunyai sebarang pembangunan selain daripada Kerbal Space Program 2 yang telah dibatalkan, studio tersebut ditutup pada 4 Mac lepas.

Menurut Private Division, mereka mengambil keputusan untuk membangunkan sendiri permainan tersebut agar dapat membantu dengan lebih baik pembangun-pembangun yang terlibat.

Leave a Reply