CD Projekt Red telah mengumumkan penambahan terbaru untuk permainan kad digital mereka Gwent iaitu Master Mirror. Bagi yang pernah bermain The Witcher 3 terutama penambahan Hearts of Stone, Master Mirror adalah gelaran yang digunakan oleh watak Gaunter O’Dimm.

Di dalam penambahan ini, ia akan menyertakan 70 kad baharu termasuk juga Gaunter sendiri. Melaluinya, ia juga memperkenalkan beberapa kata mekanik baharu. Antaranya adalah;

  • Conspiracy – mendapat kelebihan tertentu jika menyerang unit Spy.
  • Symbiosis – apabila menurunkan kad Nature, Trent akan dihasilkan yang mempunyai kuasa bersamaan dengan jumlah kad Symbiosis yang ada.
  • Veil – Kad yang mempunyai kata kunci ini tidak boleh menerika kesan negatif seperti Bleeding dan kesan positif seperti Vitality.
  • Rupture – Kad yang menerima rupture akan dikenakan serangan bersamaan dengan kuasa sendiri.
  • Devotion – Kad akan mempunyai kelebihan tertentu jika di dalam dek hanya mempunyai kad daripada puak sendiri
  • Echo – Jika kad berada di dalam Graveyard, ia akan kembali ke atas dek pada pusingan seterusnya dan menerima Doomed.

Penambahan ini akan dikeluarkan pada 30 Jun di mana anda boleh dapatkan pek pra-tempah dengan harga $49.99 untuk mendapat 25 keg dan kostum Gaunter O’Dimm. $14.99 untuk 10 keg dan hiasan belakang kad ataupun kedua-duanya dengan harga $54.99.

Gwent sudah dikeluarkan untuk PC dan juga sebagai permainan mudah alih untuk iOS dan Android.

Sohor Kini