Skip to main content

Kemaskini: THQ Nordic akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning akan tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Ia akan menyertakan kualiti grafik dan bentuk permainan yang lebih baik. Versi ini juga akan menyertakan bersama DLC yang tiba untuk permainan tersebut.

Artikel Asal: Pada September tahun lepas, THQ Nordic telah mengumumkan yang mereka kini menjadi pemilik untuk permainan yang dikeluarkan oleh 38 Studios termasuk juga Kingdoms of Amalur: Reckoning. Menjawab mengenai kemungkinan mereka mengeluarkan permainan tersebut, mereka sekadar mengatakan masih memerlukan kebenaran EA iaitu penerbit asal untuknya.

Namun, berdasarkan penyenaraian di Xbox Store, THQ Nordic akan mengeluarkan versi penambah-baikkan untuk permainan tersebut dengan menggunakan judul Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning. Penyenaraian tersebut juga meletakkan 11 Ogos 2020 sebagai tarikh pengeluaran.

Buat masa ini THQ Nordic masih tidak melakukan sebarang pengumuman rasmi mengenainya. Dengan tirisian ini, ia mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat.

Leave a Reply