Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Days Of Play Kini Berlangsung – Dapatkan Pelbagai Permainan PlayStation 4 Dengan Harga Yang Murah

Promosi Days Of Play Kini Berlangsung – Dapatkan Pelbagai Permainan PlayStation 4 Dengan Harga Yang Murah

Diterbitkan pada June 3, 2020 oleh .

Seperti yang anda sedia maklum, promosi Days Of Play akhirnya bermula hari ini di mana Sony menawarkan pelbagai tawaran buat konsol PlayStation 4 dan juga permainan yang anda boleh dapatkan dengan harga diskaun.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, terdapat pelbagai berkas konsol PlayStation 4 yang ditawarkan seperti berkas PlayStation 4 Mega Pack dengan harga serendah RM1,099 di mana ia menyertakan 3 permainan utama seperti GTAV, God Of War dan Horizon Zero Dawn.

Selain itu, promosi tersebut juga menawarkan alat kawalan DualShock 4 serendah RM179 bersama permainan-permainan PlayStation HITS serendah RM55. Seperti biasa, tawaran ini adalah khas melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation.

Menariknya, tawaran tersebut juga tidak terhad kepada jualan permainan fizikal sahaja di mana bermula hari ini sehingga 16 Jun 2020 ini, Sony turut menawarkan pelbagai promosi jualan permainan secara digital.

Berikut adalah beberapa permainan yang ditawarkan dengan senarai harga diskaun:

  • Nioh 2 – RM253.00 RM177.10
  • Resident Evil 3 – RM264.00 RM176.88
  • Resident Evil 2 – RM176.00 RM88.00
  • Monster Hunter World – RM128.00 RM64.00
  • Monster Hunter World: Iceborne Master Edition – RM265.00 RM177.55
  • Call Of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered – RM93.00 RM69.75
  • Call Of Duty: Modern Warfare – RM248.00 RM186.00
  • FIFA 20 – RM264.00 RM39.60
  • eFootball PES 2020 – RM108.00 RM86.40
  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM211.00 RM137.15
  • Doom Eternal – RM251.00 RM163.15
  • Marvel’s Spider-Man Game Of The Year Edition – RM169.00 RM76.05
  • Red Dead Redemption 2 – RM253.00 RM126.50
  • God Of War – RM79.00 RM31.60
  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition – RM79.00 RM35.55
  • Bloodborne (PlayStation HITS) – RM74.00 RM29.60
  • Uncharted 4: A Thief’s End – RM74.00 RM33.30
  • Uncharted: The Lost Legacy – RM79.00 RM35.55
  • Days Gone – RM169.00 RM59.15
  • Death Stranding – RM239.00 RM95.60
  • Player Unknown Battlegrounds (PUBG) – RM118.00 RM59.00
  • Gran Turismo Sport Spec II – RM129.00 RM51.60
  • Devil May Cry 5 – RM176.00 RM88.00
  • Need For Speed: Heat – RM264.00 RM132.00
  • The Sims 4 – RM158.00 RM55.30
  • Control – RM243.00 RM145.80

Semestinya terdapat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan daripada pelbagai penerbit seperti Capcom, Bandai Namco, Koei Tecmo, SEGA dan sebagainya. Kami sebelum ini juga berkongsi senarai permainan keluaran SCRYSoft yang anda boleh bacanya di sini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan beberapa permainan yang tersenarai di atas, anda boleh ke pautan di bawah untuk melihat kesemua senarai penuh jualan permainan.

Promosi PSN Store: Days Of Play


TIPS & ULASAN