SCRYSoft iaitu penerbit untuk beberapa permainan oleh pelbagai pembangun Indie hari ini mengumumkan yang mana bersempena dengan promosi Days Of Play yang bermula hari ini, mereka juga turut mengadakan promosi jualan khas buat permainan mereka.
Tawaran ini bermula 3 sehingga 16 Jun 2020 ini di mana anda boleh dapatkan 4 permainan SCRYSoft dengan harga diskaun iaitu permainan Sairento VR, Valthirian ARc: Hero School Story, Brawlout: Deluxe Edition dan Horizon Chase Turbo.
Bagi permainan Brawlout: Deluxe Edition dan Valthirian Arc: Hero School Story, kedua-dua permainan tersebut kami telah pun membuat ulasannya di mana anda boleh membacanya melalui pautan di atas. Manakala dua lagi permainan lain ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation 4.
Berikut adalah senarai harga tawaran mengikut senarai permainan di mana menurut SCRYSoft, ianya ditawarkan secara digital dan juga secara fizikal:
- Sairento VR –
RM179.00- Digital – RM143.20
- Fizikal – RM119
- Brawlout Deluxe Edition –
RM137.00- Digital – RM109.20
- Fizikal – RM109
- Valthirian Arc: Hero School Story –
RM95.00- Digital – RM76
- Fizikal – RM79
- Horizon Chase Turbo Deluxe Edition –
RM158.00- Digital – RM126.40
Seperti biasa, bagi tawaran permainan digital, ianya boleh didapatkan melalui PSN Store melalui pautan yang kami sediakan di atas. Manakala bagi permainan fizikal, anda boleh dapatkan di mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.