The Pokémon Company dan Nintendo hari ini mengumumkan yang penambahan pertama iaitu The Isle of Armor akan dilancarkan pada 17 Jun 2020 dan satu lagi penambahan iaitu The Crown Tundra akan tiba pada akhir tahun ini.
Seperti diumumkan sebelum ini, melalui penambahan The Isle of Armor, pemain dapat menghadiri kelas pertahanan diri di satu Dojo. Menyelesaiknya, pemain akan mendapat legendary Pokemon iaitu Kubfu.
Bersama dengan Kubfu pemain dapat mencabar satu menara di mana pemain perlu memilih Tower of Water ataupun Tower of Darkness. Menyelesaikannya, Kubfu akan berubah menjadi Urshifu. Jika memilih Tower of Darkness, Urshifu akan memperoleh kuasa Single Strike Style manakala jika memilih Tower of Water, Urshifu akan mendapat kuasa Rapid Strike Style. Dengan menyelesaikan penambahan ini, beberapa Pokemon tersedia juga akan mendapat bentuk Gigantamax.
Pokémon Sword dan Pokémon Shield sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.