CD Projekt Red sebelum ini mengumumkan yang mereka akan mengadakan Night City Wire pada 11 Jun ini untuk berkongsi lanjut mengenai Cyberpunk 2077. Hari ini, mereka mengumumkan acara tersebut akan ditunda ke 25 Jun ini.

Seperti keputusan yang dibuat oleh Sony dan Activision sebelum ini, ia juga adalah disebabkan oleh protes yang sedang berlaku di Amerika Syarikat akibat kematian George Floyd.

Walaupun ia agak mengecewakan akan tetapi kami merasakan ia adalah keputusan yang sangat baik. Buat masa ini, sudah semestinya ada perkara lain yang lebih penting untuk diketengahkan.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 17 September 2020.

Sohor Kini