Skip to main content

Sega dan Creative Assembly hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya untuk siri Total War Saga iaitu Troy akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2020 secara eksklusif di Epic Games Store selama setahun, menariknya, ia akan ditawarkan percuma selama 24 jam.

Pemain yang menebus permainan pada 13 Ogos ini akan dapat menyimpan terus. Anda boleh tonton video pengumuman permainan ini di bawah.

Total War Saga: Troy diumumkan secara rasmi pada tahun lepas. Siri Total War Saga merupakan permainan sampingan untuk Total War di mana ia memfokuskan satu kejadian sahaja.

Leave a Reply