Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Senarai Siri Dan Filem Di Netflix Buat Bulan Jun 2020

Ini Adalah Senarai Siri Dan Filem Di Netflix Buat Bulan Jun 2020

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Waahh, sepantas kilat kita sudah masuk ke bulan Jun – sudah setengah tahun tahun 2020 ini berlalu. Pelbagai perkara yang berlaku, pelbagai siri TV dan filem disiarkan – tetapi banyak filem tertangguh akibat pandemik Covid-19. Pilihan hiburan kini menjadi terhad kepada platform penstriman atau televisyen sahaja.

Dalam artikel ini kami kongsi pula senarai kandungan untuk Netflix Malaysia pada bulan Jun 2020. Kami harap ada di antara senarai ini akan menjadi kegemaran anda. Tidak kira filem atau siri TV, kami yakin akan ada pilihan yang terus buat anda ingin maratonton atau tonton berkali-kali. Daripada apa yang kami sedar ada banyak kadungan K-Drama. Mari kita lihat;

Pertama sekali adalah filem animasi tempatan, iaitu BoBoiBoy Movie 2 – iaitu filem kedua dari Monsta yang mana juga adalah sekuel bagi BoBoiBoy Galaxy (siri animasi). Filem ini bagi kami antara yang terbaik dan menarik pernah kami tonton. Ia hadir di Netflix sejak 1 Jun 2020 dan menariknya, Netflix siarkan bersama-sama dengan adegan tambahan 7 minit yang sebelum ini eksklusif untuk Astro.

Peminat rancangan TV Running Man mungkin akan tonton kandungan seterusnya ini – Lovely Horribily. Ia adalah K-Drama komedi seram lakonan Song Ji Hyo dan juga Park Si Hoo. Selain seram, ia juga adaah drama romantik yang mencuit hati. Dua watak ini mempunyai nasib yang malam sehingga akhirnya bekerjasama untuk menghasilkan satu drama bagi mengembalikan nasib baik. Ia akan disiarkan pada 15 Jun ini.

Ketiga ini adalah filem yang paling lama. Ia mula ditayangkan pada 1985. Ya, filem klasik kegemaran ramai orang – Back To The Future. Filem ini mempunyai tiga filem, tetapi buat masa ini Netflix hanya akan siarkan satu sahaja, iaitu filem yang pertama pada 30 Jun 2020. Filem ini mengisahkan Doc Brown dan Marty McFly yang kembali ke masa silam dengan mesin masa/kereta DeLorean 30 tahun lalu. Bagi menyelesaikan masalah dan sambil itu berhadapan dengan pelbagai konflik.

Jika tiga yang kami cadangkan di atas tidak mengambil minat hati anda, di bawah ini adalah senarai penuh;

1 Jun

  • BoBoiBoy Movie 2 (Filem Animasi)
  • Paper Towns (Filem)
  • Anastasia (Filem Animasi Klasik)

2 Jun

  • True: Rainbow Rescue (Siri Animasi)

3 Jun

  • Spelling the Dream (Filem Dokumentari)

4 Jun

  • Can You Hear Me? (Siri TV)
  • Baki: The Great Raitai Tournament Saga Part 3 (Siri Animen)

5 Jun

  • 13 Reason Why – Musim 4 (Siri TV)
  • Queer Eye: Season 5 (Siri Realiti)
  • The Last Days of American Crime (Filem)

10 Jun

  • Reality Z (Siri TV)
  • Lenox Hill (Siri Dokumentari)
  • Charlie’s Angels (Filem)

12 Jun

  • F is for Family: Season 4 (Siri TV)
  • Dating Around: Season 2 (Siri TV)
  • The Search (Siri TV)
  • The Woods (Siri TV)
  • Jo Koy: In His Elements (Komediri)
  • Kipo and the Age of Wonderbeasts: Season 2 (Siri Animasi)
  • Da 5 Bloods (Filem)

14 Jun

  • Marcella: Season 3 (Siri TV)

15 Jun

  • K-Drama
    • The Tale Of Nokdu
    • Angel’s Last Mission: Love
    • My Fellow Citizens
    • Lovely Horribly
    • Doctor Prisoner

17 Jun

  • Mr. Iglesias: Part 2 (Siri TV)
  • No More F*cks To Give (Komediri)

18 Jun

  • The Order: Season 2 (Siri TV)
  • A Whisker Away (Filem Anime)

19 Jun

  • The Sinner: Jamie (Siri TV)
  • Floor Is Lava (Siri TV)
  • Girls from Ipanema: Season 2 (Siri TV)
  • The Politician: Season 2 (Siri TV)
  • Wasp Network (Filem)
  • Lost Bullet (Filem)
  • 8 (Filem)
  • One Way to Tomorrow (Filem)
  • Feel the Beat (Filem)
  • Babies: Part 2 (Siri Dokumentari)
  • Father Soldier Son (Siri Dokumentari)
  • Rhyme Time Town (Siri Animasi)
  • Jumanji: The Next Level (Filem)

20 Jun

  • It’s Okay To Not Be Okay (Siri TV)

23 Jun

  • Eric Andre: Legalize Everything (Komediri)

24 Jun

  • Nobody Knows I’m here (Nadie sabe que estoy aquí) (Filem)
  • Athlete A (Siri Dokumentari)
  • Crazy Delicious (Siri Realiti)

26 Jun

  • Amar y vivir (Siri TV)
  • Home Game (Siri Dokumentari)
  • Eurovision Song Contest: The Story of Fire Saga (Siri TV)

29 Jun

  • ARASHI’s Diary -Voyage- ep 8 (Siri Dokumentari)

30 Jun

  • Adú (Filem)
  • George Lopez: We’ll Do It For Half (Komediri)
  • Back to the Future (Filem)

Akan Datang, Tiada Tarikh Lagi

  • RuPaul’s Drag Race: Untucked!: Season 12 (Siri Realiti)

Nampaknya kandungan bulan Jun lebih sedikit berbanding bulan Mei lepas. Kaki Korea, 15 Jun ini anda boleh maratonton pelbagai drama menarik. Dalam satu hari sahaja ada banyak drama. Dari romkom, jenayah, serius, fantasi dan banyak lagi.

Seperti setiap bulan kandungan komediri juga tidak berhenti tiba. Antara ynag menarik adalah Jo Koy – In His Elements. Jo adalah pelawak yang membuat jenaka mengenai kehidupan sendiri, pengalaman dan bertemakan Asia yang sesuai dengan Malaysia. Tetapi, bahasa beliau kadangkala adalah kasar – tetapi kekal lucu.

Menurut Netflix Malaysia, senarai dan tarikh ini mungkin berubah. Kelak, mungkin juga akan ada filem atau siri TV lain yang ditambah kemudian. Buat masa ini, ini adalah senarai yang telah disahkan akan disiarkan di Netflix Malaysia. Ayuh, sama-sama kita membedung perasaan bosan dan maratonton Netflix.


TIPS & ULASAN