Space Force adalah siri TV baharu dari Greg Daniels dan Steve Carell, iaitu orang yang sama di sebalik sitkom The Office. Siri TV ini adalah siri komedi mengisahkan General Mark (Steve Carell) menguruskan cawangan tentera yang keenam iaitu Space Force. Siri TV ini sudah pun disiarkan di Netflix pada minggu lepas dengan 10 episod dan ia berakhir tanpa sebarang konklusi. Ia menimbulkan persoalan, adakah siri TV ini akan menerima pembaharuan musim kedua ataupun tidak?
Menurut Collider, Netflix belum menempah lagi musim kedua Space Force – tetapi Greg sudah pun memulakan kerja awal untuk pembaharuan siri ini. Walau bagaimanapun, tiada pengesahan lagi sama ada bila ia akan dihasilkan atau akan disiarkan. Greg juga terkenal untuk tidak membiarkan sesuatu siri itu tergantungm jadi musim kedua siri TV ini pasti akan diteruskan juga.
Buat masa ini Greg masih sibuk dengan pelbagai projek. Salah satu daripadanya adalah siri TV Amazon, Upload. Ia juga tergantung dan Amazon sudah menempah musim kedua. Jadi, agak sukar jika Netflix untuk batalkan Space Force dan berhenti bekerjasama dengan Greg dan Steve. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.