Sebelum ini, Activision dan Infinity Ward mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan musim ke-4 buat permainan Call of Duty Modern Warfare dan Warzone pada minggu ini dan kini, tampaknya pelancaran musim tersebut akan ditunda.
Menurut kenyataan rasmi di akaun Twitter Call Of Duty, penundaan tersebut adalah disebabkan isu rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang ini. Menurut Activision, keputusan untuk menunda pelancaran musim tersebut akan terkesan buat permainan Call Of Duty Modern Warfare, Warzone dan juga musim ke-7 buat permainan Call Of Duty: Mobile.
Dengan keadaan sekarang di campur dengan wabak koronavirus yang semakin tular ini, semestinya ia akan memberi kesan terhadap industri dan kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.