Mojang akhirnya mengumumkan, ataupun mengesahkan yang Minecraft Dungeons akan menerima penambahan kandungan termasuk juga dua DLC. DLC pertama iaitu Jungle Awakens akan tiba Julai ini.
Melaluinya, pemain akan memasuki satu kawasan baharu untuk melawan kuasa misteri. Ia mempunyai 3 misi dan pemain dapat menggunakan pelbagai senjata, perisai dan artifak baharu.
Selain DLC, mereka juga mengumumkan akan menyertakan pelbagai penambahan percuma termasuk juga fungsi rentas-platform.
Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga sebahagian daripada Xbox Games Pass.