NetEase iaitu salah satu syarikat besar di China minggu ini mengumumkan satu lagi permainan baharu oleh mereka iaitu The Ragnarök, permainan MMORPG yang dibangunkan buat konsol, PC dan juga peranti telefon pintar di iOS dan Android.

Menurut kenyataan rasmi NetEase, permainan tersebut memfokuskan mitologi Norse dan ia akan berkonsepkan dunia terbuka pengembaraan yang meluas. Mereka juga menyatakan permainan tersebut turut akan menyokong rentas-platform.

Buat masa ini, tiada informasi lanjut dan kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini