Skip to main content

Pembangun permainan terkenal Life Is Strange dan Vampyr minggu ini mengumumkan yang mana mereka kini akan membuka studio pembangunan baharu di Montréal, Kanada.

Menurut laporan Game Industry.Biz, studio tersebut mempunyai lebih dari 250 staf yang terletak di Paris, Perancis dan akan mengembangkan lagi produksi mereka dengan satu studio baharu tersebut.

Oskar Guilbert iaitu ketua pegawai ekskutif Dontnod Entertainment menyatakan yang mana pembukaan studio baharu ini di Montréal akan melengkapkan pasukan berbakat mereka yang berada di luar Paris. Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan yang mana mereka akan meneruskan untuk menghasilkan permainan lebih menarik dengan penulisan yang bagus buat peminat mereka.

Mereka juga kini sedang mencari beberapa staf dan pembangun yang berminat untuk menyertai mereka di mana informasi lanjut berkenaannya boleh di lihat di laman rasmi mereka.

Buat masa ini, Dontnod Entertainment terlibat dengan pembangunan dua permainan iaitu Twin Mirror dan Tell Me Why.

Leave a Reply