Sony akhirnya mengesahkan pengumuman lanjut mengenai PlayStation 5 akan berlangsung pada 4 pagi, 5 Jun 2020 waktu tempatan. Pengumuman tersebut berjudul “The Future of Gaming” dan anda boleh tonton video acah untuknya di bawah.
Berdasarkan beberapa laporan, acara ini akan memfokuskan permainan-permainan yang akan dikeluarkan untuk PS5 dan ia akan berlangsung lebih kurang sejam. Berkemungkinan besar, mereka tidak akan melakukan sebarang pengumuman mengenai harga ataupun tarikh pengeluaran.
Pengumuman ini akan di strim secara lansung di laman Youtube dan Twitch untuk PlayStation dan juga di laman rasmi PS5. Kami sudah semestinya akan kemaskini dari semasa ke semasa.