Skip to main content

CEO Monsta, Nizam Razak baru-baru ini ada mengacah projek BoBoiBoy baharu iaitu – B.I.G. Ramai sangkakan ia adalah musim baru BoBoiBoy Galaxy. Tetapi terkini, mereka telah mengesahkan yang B.I.G adalah satu projek BoBoiBoy baru dan bukannya BoBoiBoy Galaxy Musim Kedua. Ini kerana BoBoiBoy Galaxy Musim Kedua hanya akan dikeluarkan dalam bentuk komik sahaja.

Kemudian, seperti yang semua sedia maklum yang Monsta turut akan memperkenalkan siri animasi baharu Mechamato. Hari ini, mereka telah memberitahu satu kejutan yang sebenarnya hujung tahun ini mereka akan memperkenalkan Mechamato dalam bentuk filem terlebih dahulu dan diteruskan dalam bentuk siri animasi. Tetapi akibat pandemik Covid-19, ramai pekerja yang bekerja dari rumah jadi semua pembangunan animasi tidak dapat diteruskan.

Berita menarik yang mengejutkan dan juga menyedihkan. Kerana siapa sangka yang mereka sudah bersedia untuk hadir dengan filem prekuel BoBoiBoy – Mechamato. Ramai sangkakan yang apa yang mereka acah selama ini adalah siri animasi. Monsta turut memohon maaf dan meminta semua teruskan memberikan sokongan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Leave a Reply