Informasi Permainan Video Terkini
SpongeBob: Patty Pursuit Dilancarkan Secara Eksklusif Di Apple Arcade

SpongeBob: Patty Pursuit Dilancarkan Secara Eksklusif Di Apple Arcade

Diterbitkan pada Mei 29, 2020 oleh .

Bagi peminat siri kartun SpongeBob SquarePants, anda mungkin akan berminat dengan permainan seterusnya berdasarkan siri tersebut iaitu SpongeBob: Patty Pursuit yang dilancarkan secara rasmi hari ini di Apple Arcade.

SpongeBob: Patty Pursuit merupakan permainan eksklusif di Apple Araade di mana ia memfokuskan bentuk platformer 2 dimensi di mana pemain akan bermain sebagai SpongeBob dan perlu menghalang Sheldon daripada mencuri resipi rahsia Krabby Patty.

Menurut pembangun, permainan ini dihasilkan khas buat peminat siri SpongeBob SquarePants di mana mereka menyertakan perbagai rujukan daripada siri tersebut yang terdiri daripada pelbagai adegan rahsia dan kelakar yang pasti akan mencuit hati peminat.

Bagi anda yang bermiant, permainan ini boleh didapatkan secara terus melalui langganan Apple Arcade di mana ia hanyalah berharga RM19.90 sebulan. Informasi lanjut berkenaannya boleh dibaca melalui artikel ini.


TIPS & ULASAN