Siri TV Agents of SHIELD musim ketujuh baru sahaja disiarkan malam tadi di Amerika Syarikat. Ia adalah musim terakhir bagi siri ini, yang mana selepas ini tiada lagi aksi dari pasukan SHIELD. Siri TV inilah yang meneruskan hayat Agent Coulson, yang mati ditikam oleh Loki dalam filem Avengers. Siri TV ini juga membongkar banyak rahsia SHIELD, Hydra, dan watak-watak lain.

Terkini, terdapat laporan dari temu ramah pihak Deadline dan Joss Whedon dan wakil-wakil pihak produksi telah menjawab beberapa persoalan yang ramai ingin tahu. Pertama adalah siri TV sampingan yang akan memfokuskan watak-watak lain. Antara yang kerap kedengaran adalah siri sampingan Daisy atau Quake. Mereka hanya ketawa dan katakan, hanya Disney sahaja yang mempunyai jawapan. Dengan keujudan Disney+, penstrukturan semula perjanjian Disney dan ABC – perkara ini sudah untuk ada jawapan yang tepat. Cuma perkara ini tidak mustahil, semuanya bergantung kepada Disney.

Jika musim keenam lepas tidak mempunyai petanda sangat dengan MCU, kerana ada percanggahan skrip Endgame dan siri TV ini. Hanya musim kelima sahaja yang mempunyai kaitan yang jelas dengan MCU, iaitu berkaitan Thanos ingin musnahkan bumi. Kini, untuk musim akhir – mereka telah sahkan yang akan ada satu kaitan yang jelas dengan MCU akan berlaku dalam siri TV ini. Disebabkan ini adalah musim akhir, kami sendiri yakin yang petanda ini mungkin jelas dan mudah untuk peminat sedar dan lihat.

Jadi, kita tahu yang musim akhir akan menjadi musim yang menarik dan pasti sedih. Kebiasaannya, selepas ia tamat disiarkan di Amerika Syarikat – ia akan disiarkan di Netflix. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini