HBO Max adalah platform penstriman video baharu milik Warner Media, yang mana ingin cuba bersaing dengan Netflix. Warner Media adalah satu syarikat yang besar dan memiliki atau lesen/hak kepada banyak hak intelek kandungan. Dari animasi, siri TV, filem, dan banyak lagi – pelbagai kandungan boleh distrim pada HBO Max.
HBO Max baru sahaja berusia dua hari, ia dilancarkan di Amerika Syarikat 27 Mei dengan harga langganan $14.99 sebulan atau $11.99 sebulan jika sudah melanggan HBO Now. Berita mengecewakan telah muncul, yang mana lebih 20 filem akan meninggalkan platform ini – walaupun baru sahaja dilancarkan. Sumber telah sedari hal ini melalui aplikasi HBO Max itu sendiri, yang mana mempunyai kategori “Last Chance”. Apa yang pelik di sini adalah, majoriti filem ini adalah milik Warner Media sendiri. Jadi, apa yang boleh kami katakan adalah – filem-filem ini hanya dimasukkan dalam HBO Max sebagai strategi promosi. Lesen sebenar masih dipegang oleh syarikat lain dan mungkin selepas lesen itu tamat, HBO Max akan kembali menyiarkan filem-filem ini.
Berikut adalah senarai filem yang terlibat;
- American Wedding
- Batman Forever
- Batman Returns
- BlacKkKlansman
- Braveheart
- Catwoman
- Gran Torino
- Harold & Kumar Go to White Castle
- Hellboy (2019)
- Justice League
- Ma
- March of the Penguins
- Practical Magic
- Pretty in Pink
- Selena
- Shutter Island
- Teen Titans GO! To the Movies
- The Hobbit: An Unexpected Journey
- The Hobbit: The Battle of the Five Armies
- The LEGO Batman Movie
- The LEGO Movie
- The Meg
- The Sisterhood of the Traveling Pants
- Tropic Thunder
- Two Weeks Notice
- Unfriended: The Dark Web
- Us