Naughty Dog telah berkongsi beberapa video untuk berkongsi lanjut mengenai The Last of Us Part II melalui segmen “Inside the” mereka. Sebelum ini mereka berkongsi mengenai penceritaan dan bentuk permainan, hari ini mereka memfokuskan kepada perincian untuk rekaan watak dan dunia.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara yang dikongsi di dalam video tersebut adalah bagaimana mereka melakukan pelbagai kajian mengenai premis penceritaan di dalam permainan ini untuk memberikan satu pengalaman yang realistik.

Selain itu, watak juga dihasilkan dengan lebih mendalam bukan sahaja dari segi perwatakan tetapi juga rekaan grafik contohnya ekspresi muka diperlihatkan dengan jelas. Watak-watak juga diberi personaliti tersendiri yang mendalam, termasuk juga penjahat.

Semasa berlawan dengan penjahat, boleh didengari perbualan di antara mereka termasuk juga perasaan resah seperti menjerit nama apabila rakan mereka terbunuh.

Dunia juga dihasilkan dengan lebih teliti untuk memberi gambaran sebenar bagaimana persekitaran kelihatan di dunia dalam The Last of Us.

The Last Of Us Part II akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun 2020 ini khas di konsol PlayStation 4. Bagi anda yang ingin melihat senarai edisi permainan yang dilancarkan bersama harga, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini